PENDAHULUAN
Penubuhan sesebuah organisasi yang mewakili pelajar Tingkatan Enam adalah wadah terbaik bagi pelajar Tingkatan Enam meneruskan silaturahim di antara sesama mereka di samping menjaga hubungan dengan pihak sekolah.
MPP PRA-U atau nama penuhnya Majlis Perwakilan Pelajar Pra Universiti Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Falahiah berazam untuk memainkan peranan yang sama bagi menjayakan kecemerlangan pelajar terutama peperiksaan STPM dan sekolah melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan demi menyumbangkannya kepada kebaikan pelajar, sekolah, masyarakat, agama, bangsa dan Negara.
NAMA
Majlis Perwakilan Pelajar Pra Universiti (MPP PRA-U)
ALAMAT
Majlis Perwakilan Pelajar Pra Universiti (MPP PRA-U)
Sek. Men. Keb. (Agama) Falahiah,
16250 Pasir Pekan,
Kelantan Darul Naim.
RASIONAL
Penubuhan MPP PRA-U adalah bertujuan untuk menjadi platform bagi pelajar Tingkatan Enam untuk meningkatkan kecemerlangan peperiksaan STPM di samping menegeratkan ikhuwwah dan silaturrahim antara pelajar Tingkatan Enam dengan barisan warga pendidik dan warga SMKA Falahiah.
OBJEKTIF PENUBUHAN
1. Menjaga kebajikan pelajar Tingkatan Enam.
2. Merapatkan dan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara sesama pelajar Tingkatan Enam.
3. Merapatkan dan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara pelajar Tingkatan Enam dengan barisan pendidik.
4. Menjadi platform untuk meningkatkan kecemerlangan terutama peperiksaan STPM.
VISI
“SEMUA CALON STPM 2011 SMK(A) FALAHIAH BERJAYA MELANJUTKAN PENGAJIAN KE UNIVERSITI”
MISI
Melahirkan modal insan yang berkualiti untuk masa depan agama, bangsa dan Negara.
SASARAN
Semua pelajar tingkatan enam 2011.
MOTTO
“KECEMERLANGAN BERMULA DARI DIRI KITA SENDIRI”
No comments:
Post a Comment