Kokurikulum


1. JAWATANKUASA KOKURIKULUM


Bidang Tugas:
1. 1 Merancang aktiviti kokurikulum sekolah; Rancangan Jangka Panjang dan Rancangan Jangka Pendek.
1.2. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
1.3. Menentukan peraturan kokurikulum sekolah.
1.4. Menentukan takwin dan jadual aktiviti.
1.5. Memastikan penglibatan pelajar secara menyeluruh.
1.6. Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum peringkat daerah/negeri/kebangsaan.
1.7. Memastikan guru mematuhi takwin dan jadual kokurikulum.
1.8. Menilai aktiviti dan membuat laporan.
1.9. Menentukan tarikh Sukan Tahunan Sekolah/Merentas Desa/ Hari Kokurikulum dan kegiatan lain.
1.10. Memastikan konsep sukan untuk semua dan sukan untuk elit dilaksanakan di sekolah.
1.11. Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan kewangan yang akan digunakan.
1.12. Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan pelajar yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang masing-masing.
1.13. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh PPD, JPN dan bahagian-bahagian yang berkaitan di Kementerian Pelajaran Malaysia.



2. JAWATANKUASA KOAKADEMIK:
2.1 PENYELARAS KO-AKADEMIK, PERSATUAN DAN KELAB.


Bertanggungjawab kepada Pengetua, Penolong Kanan Tingkatan 6 dan Guru 
Kokurikulum dalam aspek perancangan dan pengurusan kokurikulum mengikut cerangkinan tugasan masing –masing.


Tugas-tugasnya:
2.1 Menyelaraskan dan menyelia bagi semua gerakerja persatuan dan kelab termasuk perancangan, pelaksanaan dan penilaian.
2.2 Mengisi senarai semak bulanan yang diedarkan oleh Pengurus Kokurikulum sebagai penilaian.
2.3 Membantu Pengurus Kokurikulum menjalankan tugas-tugasnya.
2.4 Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua, Penolong Kanan Tingkatan 6 dan Pengurus/Guru Kokurikulum Tingkatan 6.


2.2 PENYELARAS BADAN BERUNIFORM


Bertanggungjawab kepada Pengetua, Penolong Kanan Tingkatan 6 dan Guru Kokurikulum dalam aspek perancangan dan pengurusan kokurikulum mengikut cerangkinan tugasan masing –masing.


Tugas-tugasnya:
2.2.1 Menyelaras dan menyelia gerakerja pasukan badan beruniform seperti memastikan peraturan-peraturan penubuhan, penyertaan pelajar-pelajar dalam apa-apa kegiatan di sekolah dan di luar sekolah serta semua hal yang berkaitan.
2.2.2 Mengisi senarai semak bulanan yang diedarkan oleh Pengurus/Guru Kokurikulum Tingkatan 6 sebagai penilaian.
2.2.3 Membantu Pengurus/Guru Kokurikulum Tingkatan 6 menjalankan tugas-tugasnya.
2.2.4 Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua, Penolong Kanan Tingkatan 6 dan Pengurus/Guru Kokurikulum Tingkatan 6.


2.3 GURU PENASIHAT PERSATUAN/KELAB/BADAN BERUNIFORM


Bertanggungjawab kepada Pengetua, Penolong Kanan Tingkatan 6 dan Guru Kokurikulum dalam aspek perancangan dan pengurusan kokurikulum mengikut cerangkinan tugasan masing –masing.


2.3.1 Am
2.3.1.1 Mengawal dan bertanggungjawab di atas semua peraturan, perjumpaan, urusan dan kemajuan persatuan/kelab/badan beruniform yang dikelolakan.
2.3.1.2 Guru persatuan/kelab/badan beruniform bertindak sebagai Guru Penasihat.
2.3.2 Pentadbiran
2.3.2.1 Menubuhkan dan melantik ahli jawatankuasa persatuan /kelab/badan beruniform
2.3.2.2 Mempunyai peraturan dan perlembagaan sendiri
2.3.2.3 Menyimpan rekod nama ahli jawatankuasa dan ahli-ahli.
2.3.2.4 Maklumat berikut hendaklah diserahkan kepada Penyelaras untuk disimpan:
=> Rekod peribadi yang lengkap Guru Penasihat
=> Senarai nama ahli mengikut jantina dan bangsa.
=> Perancangan aktiviti
=> jadual aktiviti
2.3.2.5 Menetapkan hari, tarikh dan masa perjumpaan/kegiatan
2.3.2.6 Guru penasihat dikehendaki hadir pada tiap-tiap kali perjumpaan dengan murid-murid dengan tujuan mengetahui apa yang dijalankan oleh ahli-ahli persatuan dan melaporkan dengan segera kepada Pengetua melalui Penyelaras/Pengurus/Penolong kanan HEM jika terdapat penyelewengan.
2.3.2.6 Menyediakan sebuah buku aktiviti untuk mencatatkan segala kegiatan yang dijalankan.
2.3.10 Ruang khas di papan kenyataan hendaklah diisi untuk menyampaikan maklumat kepada ahli.
2.3.11 Setiap ahli kelab/Persatuan/badan beruniform dikehendaki menyimpan satu kad kehadiran untuk menyimpan rekod kehadiran.


2.3.3    Rancangan dan Kegiatan
2.3.3.1 Setiap persatuan/kelab/badan beruniform yang ditubuhkan dikehendaki mempunyai matlamat dan objektif.
2.3.3.2 Perlaksanaan aktiviti hendaklah boleh memberi kesedaran, semangat kerjasama dan faedah kepada ahlinya.
2.3.3.3 Ahli-ahli persatuan hendaklah yakin bahawa penglibatannya itu akan memberi faedah kepadanya, mahupun dari segi pengetahuan dan pengalaman atau pun untuk masa hadapan.
2.3.3.4 Menyedarkan murid-murid tentang perlunya perkhidmatan itu kepada masyarakat dan negara dari segi kebolehan dan bakat kepimpinan bila mereka tamat sekolah kelak.


2.3.4   Surat Menyurat dan Notis
2.3.4.1 Semua surat menyurat daripda Pengerusi untuk edaran kepada ahli-ahli hendaklah terlebih dahulu ditandatangani oleh Guru Penasihat dan diedarkan ke kelas hanya oleh Pembantu tadbir Am sekolah. Segala notis hendaklah diserahkan kepada pejabat sekolah sebelum 9.45 pagi.
2.3.4.2 Notis atau poster yang hendak diletakkan di papan kenyataan sekolah hendaklah ditandatangani oleh Guru Penasishat terlebih dahulu.


2.3.5   Kutipan Wang Persatuan.
2.3.5.1 Guru penasihat jangan sekali-kali membenarkan pelajar-pelajar menyimpan wang persatuan /kelab/badan beruniform.


2.3.6    Lawatan
2.3.6.1 Semua lawatan yang hendak dibuat oleh persatuan/kelab/badan beruniform hendaklah mendapat kebenaran daripada Pengetua dan hendaklah ditemani oleh guru-guru yang bertanggungjawab dalam urusan lawatan tersebut.
2.3.6.2 kebenaran bertulis dan tandatangan penjaga murid hendaklah diperolehi terlebih dahulu.
2.3.6.3 Kebenaran bertulis dan tandatangan penjaga juga dikehendaki jika kelab/persatuan/badan beruniform terlibat bercadang untuk mengadakan perkhemahan atau aktiviti lain di mana pelajar-pelajar terpaksa bermalam di sekolah.


2.3.7    Jemputan Dari Orang Luar
2.3.7.1 Guru Penasihat diingatkan bahawa segala jemputan dari luar untuk memberi ceramah/menghadiri perjumpaan hendaklah dibuat melalui Pengetua.
2.3.7.2 GuruPenasihat hendaklah menghadiri ceramah /perjumpaan dan kandungannya hendaklah difahami. Sekiranya terdapat sebarang penyelewengan, Tuan Pengetua hendaklah diberitahu.
2.3.7.3 Guru Penyelaras Persatuan/kelab/badan beruniform hendaklah memberi perhatian di atas segala yang berlaku pada setiap masa.


2.3.8 Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua, Penolong Kanan Tingkatan 6 dan Pengurus/Guru Kokurikulum Tingkatan 6.

2.4 GURU PERMAINAN


Bertanggungjawab kepada Pengetua, Penolong Kanan Tingkatan 6 dan Guru Kokurikulum dalam aspek perancangan dan pengurusan kokurikulum mengikut cerangkinan tugasan masing –masing.


Tugas-tugasnya:
2.4.1. Membentuk jawatankuasa.
2.4.2. Merancang meningkatkan pengetahuan kemahiran dan minat pelajar dalam permainan.
2.4.3. Berusaha mendapat khidmat nasihat dari mereka yang pakar.
2.4.4. Memastikan undang-undang permainan dan perlawanan dipatuhi.
2.4.5. Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwin kokurikulum sekolah.
2.4.6. Menganjurkan perlawanan antara Rumah Sukan/kelas/tingkatan/sekolah.
2.4.7. Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar sekolah.
2.4.8. Menguruskan surat kebenaran ibubapa/ penjaga untuk pertandingan luar sekolah.
2.4.9. Melapor dan mrekodkan keputusan-kelutusan pertandingan yang disertai.
2.4.10. Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan.
2.4.11. Menyemai semangat kesukanan di kalangan pelajar.
2.4.12. Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan baik, selamat dan mencukupi untuk digunakan.
2.4.13. Merancang aktiviti tahunan dengan guru Ketua Rumah Sukan.
2.4.14. Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk mempertingkatkannya.
2.4.15. Merekodkan nama pemain-pemain dan pasukan yang cemerlang (johan daerah/ negeri, wakil  daerah/negeri dan negara).
2.4.16. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua/ wakilnya, Penolong Kanan Tingkatan 6 dan Pengurus/Guru Kokurikulum Tingkatan 6.


2.5       GURU PENYELARAS KEPIMPINAN DAN KURSUS


Bertanggungjawab kepada Pengetua, Penolong Kanan Tingkatan 6 dan Guru Kokurikulum dalam aspek perancangan dan pengurusan kokurikulum mengikut cerangkinan tugasan masing –masing.


Tugas-tugasnya:
2.5.1. Merancang, mengurus dan melaksanakan aktiviti ke arah meningkatkan profesionalisme kepimpinan pelajar - Rancangan Jangka Panjang dan Rancangan Jangka Pendek  - bagi membuka minda dan memberi pendedahan baru kepada pelajar dalam meningkatkan daya kepimpinan mereka.
2.5.2. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
2.5.3. Menentukan takwin dan jadual aktiviti.
2.5.4. Memastikan penglibatan pelajar secara menyeluruh.
2.5.5 Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kursus kepimpinan yang melibatkan pelajar prauniversiti peringkat daerah/negeri/kebangsaan.
2.5.6. Menilai aktiviti dan membuat laporan.
2.5.7. Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan kewangan yang akan digunakan.
2.5.8. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua/ wakilnya, Penolong Kanan Tingkatan 6 dan Pengurus/Guru Kokurikulum Tingkatan 6.


2.6      GURU PENYELARAS LAWATAN DAN PERHUBUNGAN


Bertanggungjawab kepada Pengetua, Penolong Kanan Tingkatan 6 dan Guru Kokurikulum dalam aspek perancangan dan pengurusan kokurikulum mengikut cerangkinan tugasan masing –masing.


Tugas-tugasnya:
2.6.1 Merancang aktiviti interaksi dan  kerjasama dengan pusat pengajian tingkatan enam di sekolah-sekolah lain atau kolej-kolej yang setaraf dengannya dan institusi-institusi pengajian tinggi awam/swasta - Rancangan Jangka Panjang dan Rancangan Jangka Pendek - dalam usaha memperkayakan kurikulum pengajaran serta pembelajaran prauniversiti.
2.6.2. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
2.6.3. Menentukan takwin dan jadual aktiviti.
2.6.5. Memastikan penglibatan pelajar secara menyeluruh.
2.6.6. Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan jaringan kerja “networking” peringkat daerah/negeri/kebangsaan agar pengajaran di bilik kuliah tidak terpisah dari dunia luar malah dapat memperkukuhkan lagi pengajaran dan pembelajaran serta persediaan bakal pelajar ke gerbang universiti.
2.6.7. Menilai aktiviti dan membuat laporan.
2.6.8. Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan kewangan yang akan digunakan.
2.6.9. Melaksanakan ugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua/ wakilnya, Penolong Kanan Tingkatan 6 dan Pengurus/Guru Kokurikulum Tingkatan 6.


2.7      AHLI JAWATANKUASA PENILAIAN KOKURIKULUM 


Tugas-tugasnya:
2.7.1 Memantau penyertaan pelajar dalam aktiviti koakademik, sukan dan permainan dan memastikan dasar KPM  “1 Murid 1 Sukan” dilaksanakan.
2.7.2 Bertanggungjawab membuat penilaian kokurikulum pelajar dan seterusnya menghantarkannya ke pihak-pihak yang berkenaan sebelum pengajian mereka tamat.