1) Badan Pengurusan Tertinggi Pusat Pengajian Tingkatan 6 yang memainkan peranan sebagai penyelaras, pemantau dan penambahbaihkan kepada program-program dan aktiviti-aktiviti pembangunan sekolah dan pembangunan modal insan samada pentadbiran, perkhidmatan, kurikulum, bina insan dan kokurikulum.
2) Mencadangkankan bilangan kelas, jurusan dan pakej matapelajaran STPM
3) Memantau pelaksanaan dan perjalanan program kecemerlangan STPM dan menambahbaikan kepada program yang sedia ada jika perlu.
4) Mencadang aktiviti berkaitan dengan peperiksaan dalaman dan peperiksaan awam.
5) Memantau perancangan dan penyusunan program displin serta penguatkuasaan peraturan disiplin pelajar di tingkatan 6.
6) Menyelia perancangan dan pelaksanaan tugas berkaitan dengan kebajikan pelajar di tingkatan 6.
7) Memantau pelaksanaan program dan takwim ko kurikulum (persatuan ,kelab dan badan beruniform) serta memastikan pelaksanaanya mengikut jadual . Juga memberi tawaran penyertaan kelas/persatuan dan badan beruniform kepada pelajar di tingkatan 6.
8) Menyelia penyusunan, perancangan dan pengendalian aktiviti sukan dan permainan pelajar tingkatan 6 di peringkat sekolah dan luar sekolah
9) Memastikan penyertaan ko-akademik tingkatan 6mengikut tarikh yang ditetapkan oleh PPD dan JPN.
10) Merancang program untuk memastikan keselamatan guru, pelajar harta benda dalam premis Tingkatan 6 di sekolah.
11) Merancang program motivasi, bimbingan kerjaya yang menjurus ke arah kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar di peringkat Tingkatan 6.
12) Mengurus dan menyelia pembangunan fizikal premis Tingkatan 6 termasuk penyenggaraan bangunan dan kawasan sekolah dari masa ke semasa.