Motivasi Bersama MSU

MOTIVASI BERSAMA MANAGEMENT & SCIENCE UNIVERSITY (MSU)

Lokasi : Dewan Haji Wan Adam (SMKA Falahiah)
Tarikh : 27 Mac 2012




Kunjungan daripada wakil MSU ini bertujuan untuk membincangkan tentang keadaan / situasi semasa berada di alam universiti. Malahan para pelajar Pra-U SMKAF juga dapat mengetahui sedikit-sebanyak dengan menanyakan soalan kepada wakil MSU ini tentang kursus-kursus yang ingin diketahui mereka. Dengan kehadiran pensyarah MSU ini, diharap para pelajar Pra-U SMKAF ini dapat mengetahui jalan mana yang mereka ingin tujui selepas STPM nanti.


Ribuan Terima Kasih, kami (Pra-U SMKAF) ucapkan kepada MSU kerana sudi hadir ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Falahiah ini serta berkongsi maklumat mengenai alam universiti.

Sekian Wassalam.